Untuk sesiapa yang ingin membuat pesanan Premium Beautiful melalui pos, saya lampirkan cara-cara untuk mengukur badan. Ukuran yang betul dan tepat dapat memberi keselesaan kepada pengguannya. Barang yang diperlukan cuma pita pengukur. Anda boleh mengukur sendiri mengikut langkah-langkah di bawah. Tetapi lebih baik meminta orang lain yang mengukur untuk mendapat ukuran yang tepat.
Langkah 1 : MENGUKUR PUNCAK DADA
Untuk mengetahui saiz long bra, anda perlu pengukur puncak dada. Pastikan tali ukur betul-betul berada di atas puting payudara. Seperti dalam gambar 1. Pastikan tali di belakang tidak kendur. Jangan terlalu ketat atau longgar. Ukur dalam sentimeter (cm).
Langkah 2 : MENGUKUR BAWAH DADA / UNDERBUST
Ukuran ini adalah untuk mengetahui cup. Letak tali ukur di bawah payudara. Lihat gambar 2. Ukur dalam sentimeter (cm).
Langkah 3 : MENGUKUR PINGGANG / WAIST
Bagi mengetahui saiz bengkung dan seluar perlu diambil kira saiz pinggang dan pinggul. Letak tali di pinggang dan pastikan tali berada tepat pada pusat (seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas). Perhatikan juga tali ukur di belakang. Pastikan tali ukur tidak kendur. Ambil ukuran dalam sentimeter (cm).
Langkah 4 : MENGUKUR PUNGGUNG / HIPS
Ukuran ini untuk mengetahui saiz seluar. Letak tali ukur betul-betul berada di atas punggung anda. Lihat gambar 4 (bahagian belakang). Ambil ukuran dalam sentimeter (cm).
Pastikan semasa mengukur tali ukr tidak terlalu ketat atau longgar. Ukuran yang tepat akan menentukan saiz Premium Beautiful yang tepat.
PERHATIAN...
Apabila anda telah mendapat ke empat-empat ukuran, anda hanya perlu sms kesemua ukuran kepada saya di talian 016 - 884 7905 (Iza). Kami akan mentukan saiz yang tepat dan bersesuaian untuk anda.
No comments:
Post a Comment